Microsoft Akan Perluaskan Sokongan Aplikasi Android Di Windows 11 Ke 31 Buah Negara

Diterbitkan pada Sep 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan, mereka akan memperluaskan penawaran sokongan menggunakan aplikasi Android di Windows 11 ke 31 buah negara dalam beberapa minggu akan datang, tetapi agak mendukacitakan kerana Malaysia masih tidak tersenarai di dalamnya.

Buat masa ini, Microsoft menyokong penyertaan aplikasi Android pada Windows 11 melalui penggunaan kedai aplikasi Amazon AppStore. Sekitar lebih 20,000 aplikasi Android disokong melaluinya.

Microsoft juga turut menyatakan mereka terus menambah-baik sokongan aplikasi Android pada Windows 11 melalui “Windows Subsystem for Android” – termasuk penambah-baikkan sokongan grafik, sokongan video DRM, integrasi input tetikus dan papan kekunci yang ditambah-baik, serta sejumlah ciri yang lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami