Cari @ Amanz

Microsoft hari ini mengumumkan pengenalan Windows 11 2022 Update, iaitu kemaskini utama untuk sistem operasi Windows 11 sejak ia diperkenalkan.

Kemaskini ini ditawarkan kepada pengguna bermula hari ini, melalui Windows Update. Namun, seperti biasa, ia akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.

Melalui kemaskini, Microsoft menyertakan pembaharuan dengan penambah-baikkan pada menu Start, menyertakan ciri “Do Not Disturb” bagi membolehkan anda memfokuskan ketika melakukan tugasan serta meningkatkan produktiviti, serta kaedah “snap” baharu.

File Explorer juga kini hadir dengan sokongan tab, disamping memperluaskan lagi sokongan aplikasi Android pada Windows 11.

Bagi pengguna Windows 11, anda digalakkan mengemaskini ke versi terbaru ini sebaik sahaja ia tersedia kepada anda, secara percuma.

Microsoft juga akan menawarkan kemaskini Windows 10 22H2 kepada yang menggunakan Windows 10, tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd