YouTube Akan Mula Berkongsi Pendapatan Kepada Penerbit YouTube Shorts Bermula 2023

Diterbitkan pada Sep 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YouTube hari ini mengumumkan, mereka akan mula berkongsi pendapatan pengiklanan pada YouTube Shorts bermula 2023 dikalangan penerbit kandungan – sekaligus cuba menarik pengguna menerbitkan kandungan dari TikTok dan Instagram Reels, kepada platform mereka.

YouTube akan berkongsi pendapatan Shorts ini kepada penerbit dengan lebih 1000 pelanggan pada saluran, disamping mempunyai lebih 10 juta tontonan pada YouTube Shorts dalam tempoh 90 hari.

Iklan akan dimainkan antara Shorts, dan pendapatan daripadanya akan dihimpunkan, seterusnya dibahagikan mengikut kadar tontonan dikalangan para penerbit kandungan.

YouTube akan berkongsi 45% pendapatan bersama penerbit kandungan.

Pengenalan kaedah menjana pendapatan melalui YouTube Shorts ini dijangka akan dilakukan bermula 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami