Logitech Bakal Hadir Dengan TWS Gaming Tersendiri, “G FITS”

Diterbitkan pada Sep 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Logitech adalah jenama yang cukup popular dengan pelbagai produk komputer seperti papan kekunci, tetikus, aksesori audio dan banyak lagi. Antara yang popular adalah jenama Logitech G untuk gaming, dan Master MX untuk produktiviti.

Untuk produk audio, Logitech terkenal dengan set fon kepala sahaja. Baru-baru ini 91Mobiles telah mendedahkan yang Logitech bersedia untuk memasuki arena permua pula dengan TWS tersendiri G FITS. TWS ini dilihat menggunakan putik telinga mirip dengan TWS jenama mereka yang lain iaitu Ultimate Ears.

Apa yang menarik pada G FITS ini adalah, ia merupakan TWS dengan sokongan RGB, mempunyai aplikasi tersendiri dan turut menyokong sambungan melalui dongel USB-A atau USB-C yang mungkin untuk disambungkan ke komputer atau konsol agar tiada masalah sela masa.

Logitech G FITS bukannya TWS pertama mereka, kerana sebelum ini mereka pernah hadir dengan Logitech Zone khusus untuk telesidang. Buat masa ini, masih tidak pasti bila G FITS akan dilancarkan dan apakah harga jualannya. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami