Carian
Kad NVIDIA RTX 6000 Baharu Diumumkan Dengan 48GB GDDR6 ECC
September 21, 2022 Effi Saharudin

Serentak dengan pengumuman kad NVIDIA GeForce RTX 40XX semalam, kad grafik untuk golongan profesional NVIDIA RTX 6000 juga turut dilancarkan. Kad grafik in dibangunkan dengan senibina Ada Lovelace dan dilengkapi memori 48GB GDDR ECC.

Menurut NVIDIA, peningkatan kemampuan grafik antara 2-4 kali ganda boleh dinikmati pada RTX6000 berbanding generasi terdahulu. Kad juga hadir dengan empat output DisplayPort 1.4 yang menyokong empat monitor 4K120P, empat monitor 5K60p atau empat monitor 8K30p. Jika sokongan 8K60p diperlukan, hanya dua monitor sahaja disokong. Spesifikasi lengkap RTX 6000 masih belum dikongsi oleh NVIDIA cuma ia disahkan akan mula dijual pada Disember ini.

Komen