Cari @ Amanz

Peranti di bawah siri Honor X dikemas kini sekali lagi dengan model baharu. Untuk kali ini, Honor X6 diperkenalkan sebagai sebuah peranti android asas menerusi janaan cip MediaTek Helio G25. Reka bentuknya kelihatan sama seumpama sebuah Honor X8 dengan tubuh berkotak dan modul kamera berbentuk empat segi.

Untuk spesifikasi, Honor X6 dilengkapi skrin sebesar 6.5-inci TFT LCD beresolusi HD+ dan nisbah aspek 20:9. Ia kemudiannya dipadankan dengan GPU IMEGE8320, memori 4GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Kapasiti bateri pula 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 10W.

Seterusnya, kamera hadapan terdiri dengan 50MP (f/1.8/) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) dan kemera swafoto pula 5MP. Dalam masa sama, ia turut mempunyai kebolehan merakam sehingga 1080P untuk kedua-dua belah kamera ini. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.1, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan menjalankan MagicUI 6.1 berasaskan Android 12.

Honor X6 tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti Ocean Blue, Titanium Silver dan Midnight Black. Buat masa ini, ia sekadar disenaraikan sahaja menerusi laman web rasmi Honor Arab Saudi dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd