XOX Perkenal Pelan “B150FC” – Pelan Internet, Panggilan Dan Hotspot Tanpa Had, RM150 Sebulan

Diterbitkan pada Sep 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

XOX kini hadir dengan sebuah pelan baharu, dinamakan XOX B150FC. Melaluinya, ia menawarkan sesuatu seumpama pelan Digi sebelum ini, iaitu akses tanpa had untuk data, panggilan suara dan juga hotspot, pada harga langganan RM150 sebulan.

Seperti ramai sedia maklum, XOX berfungsi di atas rangkaian Celcom, membolehkan pengguna menikmati kualiti rangkaian yang agak baik dengan pelan ini.

Pelan ini diperkenalkan oleh XOX, selari pengambil-alihan kela bola sepak Perak FC sebelum ini.

Melalui laman FAQ rasmi, tiada sebarang info dinyatakan berkenaan dengan FUP dan juga had kelajuan – memberikan petanda seumpama yang mana pelan ini akan benar-benar menawarkan pelan tanpa had penggunaan dan kelajuan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan pek pelan B150FC ini melalui Shopee, atau ejen penjual XOX.

komen


© Amanz / 2022 Kami