Cari @ Amanz

Penawaran peranti dengan skrin boleh-lipat kini semakin meluas, hal ini boleh dilihat melalui kehadiran model kemaskini daripada para pengeluar. Salah satu daripadanya adalah Vivo yang kini dalam persediaan untuk pengenalan X Fold+. Pengenalannya menjadi model kemas kini untuk X Fold sebelum ini yang merupakan telefon boleh-lipat pertama daripada mereka.

Dari segi penampilan, ia masih mengekalkan reka bentuk yang sama seumpama model terdahulu. Namun, terdapat penambahan warna baharu yang kelihatan dalam kemasan serba merah. Vivo juga menjanjikan peningkatan lebih berkuasa untuk perkakasan dalamannya dan hal ini bersesuaianlah dengan penggunaan nama ‘plus’ pada peranti itu sendiri. Penjenamaan Zeiss yang kelihatan secara tidak jelas menunjukkan peranti turut menggunakan teknologi daripada Zeiss untuk memastikan kualiti kamera yang berkualiti tinggi.

Tiada maklumat lanjut mengenai perkakasan dalaman yang didedahkan setakat ini. Tetapi antara peningkatan yang mungkin dibuat oleh Vivo kelak – merangkumi cip pemprosesan, bateri dan sistem pengecasan. Di mana, ia dijangka menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4,730mAh dan sistem pengecasan berwayar 80W serta nirwayar 50W. Untuk lebih lanjut, nantikan pelancaran rasmi pada 26 September 2022.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd