Carian
Samsung Galaxy A23 5G Berharga RM1399 Di Malaysia
September 21, 2022 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy A23 4G telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini dengan tanda harga RM999. Ia merupakan sebuah peranti android kelas pertengahan menerusi janaan cip Snapdragon 680. Di samping turut dibekalkan beberapa ciri menarik lain seperti kamera utama 50MP, skrin 90Hz dan bateri 5,000mAh.

Sebagai pilihan, Samsung kini mula menawarkan Galaxy A23 dalam variasi 5G pula. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM1,399 dengan beberapa pilihan warna seperti Light Blue, Black dan Orange. Menariknya, potongan sebanyak RM100 turut diberikan untuk pembelian yang dibuat sehingga 31 Oktober ini sekaligus membolehkan anda memilikinya pada RM1,299 sahaja.

Perubahan ketara pada peranti hanyalah pada cip pemprosesan yang kini dijana dengan Snapdragon 695. Lain-lain spesifikasi adalah sama seperti sebelumnya menerusi penggunaan skrin LCD FHD+ sebesar 6.6-inci, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh. Bersama-sama dengannya, kamera utama 50MP OIS (utama) + 5MP (sudut-lebar) + 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto 8MP turut masih digunakan.

Komen