Cari @ Amanz

Realme kini hadir dengan sebuah pencarian melibatkan komuniti berkaitan idea seumpama “Dynamic Island” pada telefon keluaran Realme. Realme memanggil ciri ini sebagai Realme Island.

Dynamic Island

Seperti ramai sedia maklum, pada iPhone 14 Pro, salah satu ciri yang mencuri perhatian ramai adalah Dynamic Island. Ia membolehkan paparan notifikasi pada bahagian skrin berlubang – menjadikan rekaannya sangat menarik dan berbeza berbanding telefon keluaran pihak pengeluar lain.

Memandangkan ia diimplementasikan secara perisian, maka ciri tersebut mudah untuk diintegrasikan oleh pengeluar-pengeluar lain.

Walaupun sebelum ini kita telah melihat komuniti membangunkan ciri tersebut pada telefon Xiaomi, kini Realme hadir dengan pertandingan tersendiri memanggil ciri tersebut sebagai Realme Island.

Realme mengatakan mereka sedang mencari idea dan cadangan berkenaan Realme Island dan bagaimana ia patut diimplementasikan – dengan kemungkinan diperkenalkan pada peranti Realme pada masa akan datang.

Dengan langkah Realme ini, tidak mustahil kita melihat lebih ramai pengeluar melakukan perkara sama dan memperkenalkan ciri Dynamic Island ini pada peranti masing-masing.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd