Cari @ Amanz

Adalah gula meningkatkan risiko kanser? Selama ini terdapat banyak kajian yang mengaitkan gula dengan pelbagai penyakit lain seperti diabetes. Tetapi menerusi kajian terkini oleh American Cancer Society mendapati mereka yang mengambil dua atau lebih minuman bergula sehari mempunyai risiko lebih tinggi meninggal dunia akibat kanser berbanding mereka yang tidak minum air bergula.

Peningkatan risiko mendapat kanser seperti gastrointestinal, payudara pasca menopaus, endometrial dan ginjal. Ia berkait rapat dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi kerana pengambilan minuman bergula.

Kajian terdiri daripada lebih 900,000 peserta yang disoal mengenai pengambilan gula pada tahun 1982 dan pada tahun 2016 sebanyak 135,093 peserta telah meninggal dunia akibat kanser. Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara pengambilan minuman bergula yang menjurus kepada peningkatan BMI sehingga akhirnya mengakibatkan kanser.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd