Cari @ Amanz

Di YouTube butang Dislike dan Not Interested yang sepatutnya memberitahu laman bahawa video yang disarankan tidak memenuhi citarasa penonton. Dengan maklumat ini video yang lebih serasi dengan jiwa akan disarankan. Tetapi kajian daripada Mozilla mendapati kedua-dua butang ini langsung tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Kajian terdiri daripada 22,722 peserta yang berkongsi maklum balas penggunaan YouTube mereka dari Disember 2021 hingga Jun 2022. Sepanjang tempoh ini sebanyak 567,880,195 video telah disarankan oleh YouTube kepada peserta. Data yang dikongsi ini kemudiannya diproses dengan bantuan University of Exeter untuk melihat sama ada pengguna dua butang yang disebutkan tadi berkesan.

Tetapi YouTube didapati masih lagi menyarankan video yang tidak disukai dan telahpun ditanda supaya jangan disarankan. Peserta merasakan sistem yang digunakan oleh YouTube sekarang langsung tidak berkesan dalam memberikan mereka kawalan ketika menggunakan laman.

Kami sudah lama merasakan sistem saranan video YouTube kini semakin merapik dan laporan ini hanya mengesahkan apa yang sudah lama kami rasakan berlaku.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd