Mark Zuckerberg Hilang $71 Bilion Kekayaan Pada Tahun Ini – Jatuh Dari Tangga Manusia Ke-6 Terkaya, Ke Tangga 20

Diterbitkan pada Sep 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mark Zuckerberg merupakan salah seorang personaliti yang terkenal dalam arena web dan teknologi, dengan penawaran Facebook, Instagram dan sebagainya. Namun, sejak peralihan kepada Meta, ia dilihat memberikan impak besar kepada nilai saham syarikat, sekaligus membawa kesan kepada nilai kekayaan milik Mark Zuckerberg.

Pada tahun 2021 ini sahaja, Mark Zuckerberg telah kehilangan nilai kekayaan sebanyak $71 bilion – disebabkan kejatuhan harga saham.

Mark Zuckerberg

Mengikut kekayaan semasa, Mark Zuckerberg dilihat mempunyai nilai kekayaan berjumlah $55.9 bilion. Ini memperlihatkan kejatuhan mendadak berbanding September 2021, yang memperlihatkan ia mencatatkan nilai $142 bilion.

Malah, Mark Zuckerberg juga pada dua tahun lepas pernah menduduki tangga ketiga dalam senarai manusia terkaya dunia.

Kejatuhan akhir-akhir ini dilihat disebabkan oleh perbelanjaan dan pelaburan untuk pembangunan metamesta yang semakin meningkat, selain cabaran yang dihadapi daripada TikTok dan platform lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami