ARM Ingin Melakukan Bekerjasama Strategik Dengan Samsung

Diterbitkan pada Sep 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Masayoshi Son, CEO kepada Softbank dan juga pengerusi ARM akan ke Korea Selatan bagi mengadakan pertemuan dengan Samsung untuk kedua-dua syarikat melakukan kerjasama. Pertemuan antara beliau dan naib pengerusi Samsung Jay Y. Lee mungkin akan berlaku seawal bulan hadapan.

Kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat akan dibincangkan tetapi keperinciannya masih belum diketahui pada waktu ini. Samsung ialah gergasi teknologi bukan sahaja dalam pengeluaran peranti pintar mudah alih tetapi juga dalam pengeluaran cip berteknologi tinggi.

Selepas NVIDIA membatalkan pembelian ARM selepas menerima tentangan pelbagai pihak, Qualcomm muncul sebagai syarikat yang berminat untuk membelinya menerusi pembentukan sebuah konsortium.

komen


© Amanz / 2022 Kami