Cari @ Amanz

Logitech baru-baru ini telah melancarkan beberapa produk baharu memfokuskan kepada permainan video. Antara yang unik adalah TWS baharu mereka iaitu Logitech G Fits, yang menggunakan teknologi mirip UE Fits yang dilancarkan pada tahun 2020.

TWS ini menggunakan fon telinga silikon dengan teknologi Lightform yang boleh mengubah bentuk mengikut telinga pengguna agar audio diperibadikan mengikut citarasa masing-masing. Untuk audio, ia menggunakan pemacu 10mm dan menyertakan dua mikrofon untuk kualiti panggilan audio/telefon yang tingi.

G Fits turut menyokong sambungan Lightspeed dengan bantuan teknologi Bluetooth 5.2 untuk sambungan sela masa rendah. Sambungan Lightspeed ini boleh dilakukan melalui dongel USB-A dan USB-C dengan ketahanan bateri mencapai 8 jam. Sementara dengan sambungan Bluetooth, bateri boleh bertahan mencapai 12 jam.

Memandangkan ia adalah aksesori audio yang memfokuskan kepada permainan video, ciri RGB turut disertakan. Ia turut mempunyai perlindungan IPX3 dan dijual pada harga $229.99 iaitu sekitar RM1,050. Buat masa ini, masih tidak pasti jika TWS ini akan dijual di pasaran tempatan ataupun tidak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd