NVIDIA Mengesahkan Ketiadaan Sokongan NVLink Pada Kad Grafik GeForce RTX 4000

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bertahun-tahun dahulu, salah satu cara untuk meningkatkan prestasi grafik sebuah komputer ialah dengan memasang dua atau lebih kad grafik pada sebuah komputer. NVIDIA tampil dengan sokongan melalui sambungan SLI dan NVLink.

Sokongan SLI telah dimatikan untuk sekian lama, tetapi kini NVIDIA mengesahkan bahawa kad grafik siri GeForce RTX 4000 mereka tidak lagi akan menyokong konfigurasi multi-GPU dengan ketiadaan sambungan NVLink pada kad-kad grafik ini.

Jensen Huang, CEO NVIDIA mengatakan bahawa sokongan NVLink ditamatkan atas beberapa sebab. Pertama ialah kerana mereka mahu mengurangkan kos dan masa yang diperlukan untuk memateri palam I/O NVLink pada kad grafik tersebut, dan kedua ialah kerana mahu memaksimakan kemampuan kecerdasan buatan siri kad grafik ini.

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 akan tiba di pasaran-pasaran terpilih pada 12 Oktober ini, manakala NVIDIA GeForce RTX 4080 dengan memori GDDR6X 16GB dan 12GB akan tiba pada bulan November kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami