Meta sedia mengalami kejatuhan nilai saham sejak kebelakangan ini, dan terbaru, laporan baharu hadir, mengatakan Meta sedang melihat untuk mengurangkan kos sehingga 10% dalam bulan-bulan akan datang.
Dengan langkah ini, Meta mungkin akan mengurangkan bilangan pekerja, termasuk menstruktur dan menyusun kembali bahagian-bahagian dalam syarikat mereka.
Disamping itu, dalam usaha sama, pelaburan pada beberapa bahagian juga mungkin dikurangkan oleh Meta.
Pada tahun ini, Meta mengalami cabaran dalam operasi, termasuk memperlihatkan penurunan angka pengguna buat pertama kali, termasuk penurunan pendapatan berbanding tahun sebelumnya.
Beberapa penganalisa turut menyasarkan pendapatan Facebook akan turut mengalami penurunan pada suku ketiga 2022 ini.
Meta dilihat menghadapi cabaran sengit daripada sejumlah platform lain, termasuk TikTok – disamping kemaskini perisian Apple yang mengekang informasi pengguna untuk digunakan bagi tujuan pengiklanan.