Pengeluar peranti Android kini perlu menyokong ciri Seamless Updates sekiranya ingin kekal menggunakan Google Media Services (GMS). Ini adalah menurut laporan dari Mishaal Rahman yang menemukan keperluan ni dalam dokumen terkini yang diterbitkan oleh pihak Google.

Sistem Seamles Updates telah diperkenalkan di Android 7.0 Nougat sejak 2016 untuk membolehkan kemas kini sistem yang penting diberikan kepada peranti dengan pantas terus dari pihak Google tanpa perlu menanti diberikan ole pengeluar peranti. Ia memerlukan storan dibahagikan secara maya kepada format A/B. Ramai pengeluar seperti Samsung misalnya tidak menggunakan sistem pembahagian storan ini atas sebab-sebab tersendiri walaupun ia sudah digunakan secara lalai pada peranti Pixel.
Sudah tiba masanya ciri ini diwajibkan kerana ia bukan sahaja memudahkan proses kemas kini diberikan dengan lebih pantas dan lebih penting sekali ia dilakukan di latar belakang tanpa peranti Android perlu dibut semula.
- Sumber
- Sumber – Esper