Morgan Stanley Disaman RM160 Juta Kerana Tidak Menyulitkan Maklumat Peribadi Pengguna

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Morgan Stanley ialah sebuah institusi kewangan yang cukup terkemuka di Amerika Syarikat dengan berjuta-juta pengguna. Baru-baru ini ia telah dilaporkan bahawa syarikat tersebut telah disaman oleh Securities and Exchange Commission (SEC) kerana gagal menyulitkan data pengguna.

Pihak SEC dikatakan mendapati bahawa Morgan Stanley membiarkan data peribadi pengguna tidak disulitkan sejak 2015 sehingga 2020, dan tidak menggunakan perkhidmatan syarikat pelupusan data dan storan bertauliah untuk melupuskan mesin-mesin pelayan dan juga data pengguna tersebut.

Audit SEC mendapati bahawa Morgan Stanley tidak menggunakan perisian ataupun storan penyulitan seperti storan swa-menyulit (Self-encrypting Drive) sepanjang lima tahun tersebut sebelum menukar ke sistem mesin pelayan baru.

Morgan Stanley juga dikatakan tidak meneliti proses pelupusan data tersebut dimana data yang terkandung didalam storan-storan tersebut tidak dipadam dan sebaliknya storan tersebut dijual kepada pihak ketiga.

SEC telah menyaman syarikat tersebut sebanyak $35 juta (~RM160 juta) dan Morgan Stanley juga dilaporkan telah membayar saman tersebut tanpa mengaku salah ataupun menidakkan laporan SEC tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami