Microsoft Menjadualkan 12 Oktober Untuk Pengenalan Produk Surface Baharu

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini menjadualkan sebuah acara media khas pada 12 Oktober 2022 kelak, dimana mereka dijangka memperkenalkan sejumlah produk baharu dibawah jenama Surface.

Mengikut desas-desus baharu, Microsoft dijangka akan memperkenalkan Surface Pro, Surface Laptop, dan juga mungkin hadir dengan sebuah peranti Surface memfokuskan permainan video.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 12 Oktober ini untuk menyaksikan sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Microsoft melalui penawaran Surface mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami