Cari @ Amanz

HappyFresh hari ini mengumumkan mereka telah menamatkan operasi di Malaysia, berkuat-kuasa serta-merta.

HappyFresh mengatakan mereka mengambil langkah ini disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa. Sepanjang 7 tahun beroperasi, HappyFresh mengatakan telah menyediakan pekerjaan untuk 850 orang pekerja, selain turut membantu ramai dalam mendapatkan bekalan barangan runcit terus ke rumah.

Dengan langkah ini, orang ramai mungkin perlu melihat kepada beberapa perkhidmatan alternatif dalam mendapatkan barangan runcit, termasuk seperti FoodPanda, Grab dan juga Lotus’s.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd