Cari @ Amanz

Kitty Hawk ialah syarikat pembangun kereta terbang yang dimiliki oleh pengasas Google Larry Page. Selepas melancarkan beberapa prototaip, Kittyhawk telah mengumumkan operasi syarikat akan dihentikan hari ini selepas beroperasi selama 10 tahun.

Tiada sebab diberikan mengapa operasi syarikat dihentikan secara mengejut. Pada waktu ini tidak maklumat apakah yang akan terjadi kepada aset syarikat yang turut melakukan kerjasama dengan Boeing.

Sejak sedekad lalu mereka menghasilkan 16 kenderaan terbang dengan sasaran untuk digunakan dalam operasi teksi terbang seawal 2022. Tetapi sehingga kini tiada satupun memulakan operasi walaupun wujud prototaip yang beroperasi lebih senyap berbanding sebuah mesin basuh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd