Google Project Caviar Ingin Menjadi Alternatif Bebas Royalti Untuk Dolby Atmos Dan Dolby Vision

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung dan Amazon membangunkan format HDR10+ sebagai alternatif kepada format HDR Dolby Vision. Menurut laporan Protocol, Google ingin membangunkan alternatif kepada Dolby Vision dan juga Dolby Atmos di bawah Project Caviar.

Menerusi Project Caviar, sebuah piawaian baharu untuk HDR dan audio 3D boleh digunakan oleh pengeluar peranti tanpa mereka membayar royalti kepada Google. Ini berbeza dengan kedua-dua produk Dolby yang memerlukan pengeluar membayar kepada mereka untuk peranti diiktiraf.

Pelbagai usaha pernah dilakukan untuk memberikan cabaran kepada Dolby tetapi tidak berjaya kerana kurangnya sambutan dari pengeluar. Tetapi Google sebagai syarikat gergasi mungkin mempunyai peluang dengan Project Caviar memandangkan mereka boleh memperkenalkannya di YouTube dan Android.

komen


© Amanz / 2022 Kami