Xiaomi Civi 2 Ialah Peranti Android Pertama Dengan Rekaan Mirip iPhone 14 Pro

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Civi 2 akan dilancarkan pada 27 September hadapan di China. Sebelum ini beberapa imej acah yang dikongsi oleh Xiaomi sekadar menunjukkan rekaan belakang. Hari ini rekaan hadapan dikongsi menunjukkan pula lubang kamera yang mirip iPhone 14 Pro.

Lubang dwi-kamera diletakkan di tengah-tengah. Selama ini peranti Android meletakkan lubang kamera bujur di bucu atas kiri atas kanan. Dengan ini secara rasmi Civi 2 menjadi peranti Android pertama yang meletakkannya di tengah-tengah seperti yang dilakukan oleh Apple.

Ciri Dynamic Island iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max telahpun berjaya dibangunkan untuk Android. Besar kemungkinan Civi 2 akan turut mempunyai ciri yang seakan sama apabila dilancarkan kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami