Carian
Pesawat Pengebom Northrop Grumman B-21 Raider Akan Diperlihatkan Disember Ini
September 22, 2022 Effi Saharudin

Northrop Grumman B-21 Raider adalah pesawat pengebom generasi baharu yang telah dibangunkan sejak 2015. Pelbagai maklumat mengena projek ini masih lagi dirahsiakan tetapi ia sudahpun disahkan mempunyai rekaan sayap terbang seperti Northrop B-2 Spirit dan lebih sukar dikesan oleh radar.

Selain prestasi yang lebih baik, pesawat ini mempunyai kemampuan terbang dengan juruterbang manusia dan swaterbang apabila perlu. Ia turut akan dapat beroperasi dengan sistem dron yang sedang dibangunkan oleh USAF. Kemampuan membawa senjata nuklear dikekalkan tetapi dipertingkatkan lagi dengan senjata pintar yang boleh melepak di ruang udara sebelum memusnahkan sasaran.

Northrop Grumman menyasarkan pesawat akan melakukan penerbangan pertama pada tahun 2023 dengan ia memulakan operasi pada tahun 2025. Enam pesawat prototaip sedang dibina di Palmdale. Ia akan menggantikan pesawat pengebom sukar dikesan radar B-2 Spirit dan B-1 Lancer yang sudah agak berusia.

Komen