Samsung Galaxy Z Fold4 & Z Flip4 Memenuhi Fokus Gaya Hidup & Produktiviti

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan media sosial yang kini menjadi sebahagian daripada hidup semua orang, ia adalah satu aspek penting untuk kongsi apa yang berlaku dalam kehidupan masing-masing dengan orang ramai. Ada yang suka kongsi melalui teks sahaja dan ada juga yang lebih kreatif suka kongsi dalam bentuk gambar atau video.

Tetapi kalau ingin kongsi dan gambar dan video, itu sudah menjadi satu kebiasaan. Ramai sudah melakukannya dan kadangkala boleh rasa tepu atau bosan melihat kandungan yang lebih kurang sama. Tetapi tahukah anda ada kaedah lain yang boleh menjadikan kehidupan digital anda lebih meriah dan unik? Lebih-lebih lagi kepada mereka yang menggunakan Instagram, Facebook dan WhatsApp.

Ini kerana, Meta telah bekerjasama dengan Samsung untuk ciri Flex Mode pada peranti Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4. Ciri paling unik adalah pada Samsung Galaxy Z Flip4 yang membolehkan FlexCam digunakan pada aplikasi media sosial tadi.

Apa itu FlexCam dan kenapa ia penting?

Samsung Galaxy Z Flip4 adalah telefon pintar dengan skrin boleh-lipat bentuk clamshell yang cukup menarik untuk digunakan. Peranti ini disasarkan untuk melengkapkan gaya hidup semua orang agar boleh lebih bergaya dan menarik perhatian orang di sekeliling.

FlexCam adalah ciri yang membolehkan aplikasi kamera peranti dan penggunaan kamera pada Facebook, Instagram dan WhatsApp dikawal tanpa menggunakan tangan. Dengan FlexCam ini juga, pengguna bebas menyerlahkan kreativiti masing-masing untuk mengambil gambar atau merakam video pada pelbagai sudut menarik tidak kira seorang diri atau dengan ramai orang. Dengan adanya ciri ini, pengguna juga tidak lagi memerlukan aksesori tambahan seperti tripod atau pemegang peranti kerana semuanya boleh dilakukan dengan Samsung Galaxy Z Flip4 sahaja.

Cover Screen yang turut membantu

Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip4 mempunyai skrin kedua di luar yang digelar sebagai Cover Screen yang kini menyokong pelbagai mod rakaman berbeza seperti sudut ultra-lebar, mod potret atau terus rakaman video dengan kawalan gestur yang sangat ringkas. Cover Screen turut membantu pengguna untuk melihat sama ada sudut pandangan yang diingini sudah cukup baik atau perlu diubah.

Apabila peranti berada dalam mod lipatan separa atau berbentuk “L”, pengguna boleh pegang peranti seakan memegang perakam video dan merakam video pada kualiti yang tinggi yang telah dioptimasikan untuk terus dikongsi pada tiga platform media sosial tadi. Jika pengguna ingin menggunakan aplikasi kamera Samsung, terus buka peranti pada sudut 75 darjah atau 115 darjah dan tekan butang Quick Shot untuk mula merakam atau ambil gambar.

Mod Flex pada Samsung Galaxy Z Flip4 turut tidak terhad kepada penggunaan aplikasi media sosial sahaja. Ia juga telah dioptimasikan untuk kegunaan kerja dan hiburan. Contoh, gunakan ciri Live Sharing pada aplikasi panggilan video Google Meet untuk tonton filem bersama, atau bermain permua terbina bersama-sama dengan peranti berada di permukaan rata dan rakan lain boleh saksikan reaksi penuh ketika menyaksikan sesuatu yang menarik.

Mod Flex ini seperti yang dikatakan tadi tidak terhad pada satu peranti sahaja, tetapi turut boleh digunakan pada Samsung Galaxy Z Fold4. Mereka yang turut penting kerja selain daripada gaya, boleh menjadikan peranti ini sebagai pengganti kepada komputer untuk melakukan pelbagai kerja.

Jika sebelum ini peranti dengan skrin boleh-lipat in sedia menyokong pelbagai kaedah multi-tugasan. Ciri mengubah peranti ini sebagai komputer adalah penambahan Taskbar.

Samsung Galaxy Z Fold4 sebagai pengganti komputer dengan Taskbar

Taskbar ini boleh memaparkan banyak aplikasi serentak dan pengguna bebas menyematkan aplikasi kegemaran padanya untuk akses pantas. Contohnya, jika sudah menyemat lapan aplikasi dan sebelum ini ada membuka dua aplikasi lain – Taskbar akan memaparkan sepuluh aplikasi terus.

Jika itu tidak cukup, Taskbar pada Samsung Galaxy Z Fold4 ini turut menyokong kawalan gestur drag & drop untuk membuka banyak aplikasi serentak. Contoh aplikasi membaca berita pada separuh pertama skrin, aplikasi menstrim video dan aplikasi media sosial di atas dan bawah pada separuh kedua skrin. Apa yang menarik, proses kawalan gestur ini adalah pantas dan lancar.

Tanpa gestur pun boleh

Pada Taskbar ini juga, pengguna masih boleh melancarkan dua aplikasi serentak dengan hanya tekan satu ikon. Jika dua aplikasi sudah dibuka dan pengguna kembali ke skrin, akan ada ikon yang memaparkan dua ikon aplikasi untuk melancarkan kedua-duanya kembali terus secara serentak.

Ini secara tidak langsung membuatkan penggunaan peranti nampak lebih cool dan jika ada orang sekeliling lihat, mereka pasti akan cemburu atau akan menjadi tertanya-tanya. Menggunakan peranti dengan skrin boleh lipat Samsung ini turut boleh menjadi topik perbualan orang ramai.


Kesemua ciri dan fungsi hebat ini hanya boleh digunakan pada peranti Samsung Galaxy Z Flip4 dan Samsung Galaxy Z Fold4 sahaja. Ini kerana One UI 4.1.1 yang digunakan dibina berasaskan Android 12L dan memuatkan banyak ciri produktiviti dan multi-tugasan menarik yang jauh lebih lancar. Satu peranti untuk gaya hidup dan menyerlah kreativiti dan satu lagi peranti untuk tujuan kerja yang menjadikan tugasan lebih efisien dan bergaya.

Samsung Galaxy Z Flip4 pula boleh dibeli di Malaysia pada harga bermula RM4,099. Samsung menawarkan pilihan warna Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan Blue atau Bespoke Edition dengan panel yang warnanya boleh dipilih oleh pembeli sendiri (hanya di Samsung.com). Mereka yang membeli turut boleh mendapatkan Samsung Galaxy Watch4 bernilai RM799 percuma, dua tahun jaminan dengan perlindungan skrin serta percuma tiga kali pertukaran pelindung skrin.

Samsung Galaxy Z Fold4 boleh dibeli di Malaysia pada harga bermula RM6,799. Samsung menawarkan pilihan warna Graygreen, Phantom Black, Beige atau Burgundy (hanya di Samsung.com) dan mereka yang membeli boleh mendapatkan Samsung Galaxy Watch4 bernilai RM799 percuma, dua tahun jaminan dengan perlindungan skrin serta percuma tiga kali pertukaran pelindung skrin.

Promosi ini adalah sehingga 30 September sahaja dan kedua-dua peranti ini boleh didapatkan di kedai atas talian, kedai fizikal atau pengedar rasmi Samsung.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami