Cari @ Amanz

Program Hack-A-Tech 2022 – Buka Peluang Cipta Penyelesaian Baharu Dalam Industri Fintech

Link Copied!

Jewel Digital Ventures dengan kerjasama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan 1337 Ventures kini melancarkan acara hackathon baharu yang menyasarkan terhadap industri teknologi kewangan (FinTech). Dikenali sebagai Hack-A-Tech 2022, acara ini diadakan bertujuan untuk meneroka dan mengenalpasti penyelesaian baharu yang inovatif dalam industri FinTech seterusnya mewujudkan pengalaman penggunaan lebih baik dalam kalangan orang ramai.

Terdapat dua pilihan penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur. Pertama ialah Open Track yang terbuka kepada para pemaju, pereka produk, peserta pertama kali dan pelajar universiti yang perlu membentangkan konsep kerja bersama sesuatu idea baharu mengenai fungsi, ciri dan penawaran produk bagi menjadikannya lebih menarik. Syarat penyertaan adalah terbuka kepada semua sama ada warganegara atau bukan warganegara yang kini menetap di Malaysia. Apa yang penting, mereka perlu memiliki pas kerja, pelajar dan kediaman yang sah.

Sementara itu, penyertaan Advanced Track pula terbuka kepada para pakar teknikal dan perniagaan yang berminat dalam integrasi serta penciptaan bersama produk atau perkhidmatan baharu. Syarat penyertaan pula mestilah syarikat startup yang memiliki nombor pendaftaran syarikat yang sah. Dalam pada itu, sekurang-kuranya satu wakil dengan latar belakang teknikal perlu dihantar untuk setiap kumpulan yang menyertai.

Seterusnya terdapat sehingga enam jenis cabaran yang disediakan yang terdiri dengan Financial Literacy, Financial Democratisation, Financial Adoption, Reimagine Engagement, Personalised Wealth Management dan Complementary Services. Melaluinya, para peserta perlu memilih salah satu daripadanya untuk pembangunan projek serta penyelesaian inovatif kemudiannya kesemua idea, kerja atau prototaip perlu diserahkan sepenuhnya pada hari terakhir acara.

Hadiah menarik berjumlah hingga RM391,000 turut ditawarkan untuk para pemenang – ini termasuklah berbentuk wang tunai, Microsoft Azure Credits, Microsoft Productivity/Dev Tools serta Microsoft Azure Certification. Program secara maya ini akan berlangsung bermula 14 – 16 Oktober, kemudian acara Demo Day pula berlangsung pada 29 Oktober 2022. Penyertaan bagaimanapun telah dibuka selewat-lewatnya sehingga 1 Oktober ini.

Daftar Sekarang – Program Hack-A-Tech 2022

Komen ()