Cari @ Amanz

ZTE merupakan antara pengeluar yang sedia hadir dengan peranti bersama kamera swafoto yang terbina di bawah skrin. Sebagai tambahan, mereka dilihat bakal hadir dengan penawaran baharu menerusi ZTE Axon 30S. Pengenalan untuknya telah dijadualkan berlangsung di China pada 26 September 2022.

Sebilangan ciri pada peranti telah mula didedahkan dan salah satu daripadanya adalah kamera swafoto di bawah skrin. Ini sekaligus menjadikan peranti mempunyai skein paparan penuh tanpa sebarang gangguan takuk mahupun lubang pada bahagian atas skrin. Selain daripada itu, tubuh peranti dikatakan mempunyai ketebalan 7.8mm bersama berat sekitar 192 gram. Ia juga dijangka menggunakan pengimbas cap jari pada skrin ekoran tiada bayangan kewujudan sebarang sensor cap jari pada sisi peranti.

Turut kelihatan adalah dua pilihan warna untuk peranti yang terdiri dengan hitam dan biru. Ini sahaja maklumat mengenai peranti yang didedahkan setakat ini. Lebih banyak pendedahanm yang bakal dikongsi menjelang pelancaran rasminya kelak. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd