Redmi 10A Dengan Variasi 2GB RAM Dan 32GB Storan Dijual Di Malaysia Pada RM429

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti Redmi 10A kini hadir dengan variasi baharu yang menampilkan memori dan storan lebih kecil berbanding sebelum ini. Melaluinya, peranti kini tersedia dengan pilihan memori 2GB RAM dan storan dalaman 32GB. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM429 menerusi kedai rasmi dan pengedar sah Xiaomi Malaysia di seluruh Malaysia.

Sebagai pilihan, variasi lain yang turut ditawarkan sebelum ini adalah 3GB/64GB yang berharga RM479, sementara itu RM549 pula untuk 4GB/128GB. Untuk spesifikasi, Redmi 10A dilengkapi dengan skrin 6.53-inci beresolusi HD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G25, GPU PowerVR8320 dan bateri 5000mAh yang boleh dicas menerusi port mikroUSB. Kamera utama terdiri dengan sensor 13MP, sementara itu kamera hadapan pula 5MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami