Pico Dibawah Bytedance Melancarkan Set Realiti-Maya Baharu, PICO 4 – Bakal Hadir Ke Malaysia

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

PICO, sebuah anak syarikat dibawah Bytedance, kini telah melancarkan set realiti maya baharu, dinamakan sebagai PICO 4.

PICO 4 hadir dengan cip Snapdragon XR2, dan menawarkan rekaan yang ringan dalam usaha menawarkan keselesaan ketika memakai. Ia turut dilengkapi dengan paparan 4K+, termasuk alat kawalan khusus dalam mengawal dalam dunia realiti-maya.

PICO 4 ini menawarkan masa penggunaan selama tiga jam lamanya, termasuk sokongan pengecasan pantas bersama dengannya. Ia turut dilengkapi  dengan paparan antaramuka khusus, termasuk kedai aplikasi dinamakan PICO Store.

Dari segi kandungan, ia menyertakan kandungan kecergasan PICO Fitness, selain turut dilengkapi sejumlah kandungan permainan – termasuk seperti Just Dance VR, dan kandungan seperti Peaky Blinders dan lain-lain.

Menariknya mengenai PICO 4 ini adalah Bytedance menyatakan akan memperkenalkan ia di Malaysia pada Oktober kelak. Harga jualan di Malaysianya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan PICO 4 di Malaysia dalam beberapa hari lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami