Apple iPhone 14, iPhone 14 Pro Dan iPhone 14 Pro Max Kini Mula Dijual Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah mula menjual tiga telefon pintar dibawah siri iPhone 14 untuk pasaran Malaysia, iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max.

iPhone 14 merupakan kemaskini kepada model iPhone 13 sebelum ini, sementara model iPhone Pro kali ini membawakan perubahan drastik dengan sokongan skrin berlubang yang dilengkapi perisian dinamakan Dynamic Island.

Selain daripada itu, model Pro juga turut menyertakan sokongan kamera lebih berkuasa, serta kemaskini kepada CPU, dan beberapa ciri lain menarik bersama dengannya.

Di Malaysia, ia sudah boleh dibeli secara berasingan, ataupun melalui pakej telekomunikasi daripada sejumlah syarikat, termasuk Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile. Berikut merupakan harga jualan iPhone di Malaysia:

iPhone 14

  • iPhone 14 128GB – RM4199
  • iPhone 14 256GB – RM4699
  • iPhone 14 512GB – RM5699

iPhone 14 Pro

  • iPhone 14 Pro 128GB – RM5299
  • iPhone 14 Pro 256GB – RM5799
  • iPhone 14 Pro 512GB – RM6799
  • iPhone 14 Pro 1TB – RM7799

iPhone 14 Pro Max

  • iPhone 14 Pro Max 128GB – RM5799
  • iPhone 14 Pro Max 256GB – RM6299
  • iPhone 14 Pro Max 512GB – RM7299
  • iPhone 14 Pro Max 1TB – RM8299

komen


© Amanz / 2022 Kami