Cari @ Amanz

OnePlus kini menjadi antara pengeluar Android yang pantas dalam menawarkan kemaskini Android 13 terbaru kepada pengguna mereka. Selepas menguji dalam fasa beta, kini OnePlus telah mula menawarkan OnePlus 10 Pro dengan kemaskini Android 13 terbaru.

OnePlus mengatakan kemaskini Oxygen OS 13 berasaskan Android 13 telah mula ditawarkan kepada mereka yang menyertai Open Beta sebelum ini, dan akan ditawarkan kepada semua pengguna OnePlus 10 Pro selepas itu. Model-model lain dijangka menyusul selepas itu.

Oxygen OS 13 hadir dengan sejumlah penambahan elemen di atas Android 13, termasuk sokongan AOD (Always-On-Display) dengan integrasi Spotify, serta pengoptimasian untuk permainan, serta beberapa ciri lain.

OnePlus dijangka memperkenalkan kemaskini OxygenOS 13 ini kepada model-model lain selepas ini.

Selain OnePlus, sebelum ini, Oppo telah menawarkan Oppo Find X5 Pro dengan kemaskini Android 13 – menjadikan mereka antara yang terawal menerimanya di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd