Cari @ Amanz

Selepas beberapa kali tertiris, Chromecast with Google TV HD telah dilancarkan secara rasmi malam tadi. Dongel TV ini adalah versi lebih mampu milik dengan sokongan resolusi sehingga 1080P sahaja tetapi hadir dengan sistem operasi lebih terkini Android TV 12.

Rekaannya sama dengan Chromecast with Google TV yang mempunyai dongel badan berbentuk bujur, sambungan HDMI dan alat kawalan jauh yang kesemuanya diperbuat daripada plastik. Ia dilengkapi cip Amlogic S805X2, memori 1.5GB RAM and storan 8GB.

Satu lagi kelebihan Google TV HD ialah ia akhirnya menyokong codec AV1 yang menjimatkan penggunaan data yang tidak disokong pada Google TV sebelum ini. Ciri-ciri lain masih lagi sama dengan sokongan pelbagai aplikasi dari Play Store. Di Amerika Syarikat Chromecast with Google TV HD  dijual pada harga $29.99 (~RM137) sebuah dalam warna putih sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd