Chromecast With Google TV Akan Menerima Kemaskini Android TV 12 Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan Chromecast with Google TV HD dilancarkan malam tadi, apakah yang terjadi kepada Chromecast with Google TV asal yang dilancarkan pada tahun 2020? Produk masih lagi ditawarkan kerana ia menyokong resolusi 4K yang lebih tinggi tetapi lebih penting ialah ia akan akhirnya menerima kemas kini Android TV 12. Menerusi kemas kini ini kelak, peranti akan akhirnya menyokong paparan menu pada resolusi 4K.

Ini adalah menurut laporan 9to5 Google yang mendapat maklumat rasmi dari pihak Google sendiri. Kemas kini ini sudah lama dinantikan kerana selama dua tahun sistem operasi tidak dikemaskini dengan hanya tampalan sekuriti sahaja diberikan.

Antara sebab ini berlaku ialah kerana storan peranti yang kecil menyukarkan proses mengemaskini dengan pengguna kelak mungkin perlu memadam beberapa aplikasi terlebih dahulu sebelum ini boleh dilakukan.

komen


© Amanz / 2022 Kami