Video Promosi Rasmi Google Pixel Watch Mendedahkan Rekaan Sepenuhnya

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel Watch akan dilancarkan pada 6 Oktober hadapan serentak dengan beberapa telefon pintar Google Pixel 7. Rekaan peranti telahpun dikongsi sebelum ini tetapi semalam Google menerbitkan video promosi rasmi yang memberikan lebih banyak maklumat mengenai jam tangan pintar mereka ini.

Pertama sekali jam ini mempunyai bezel yang besar dengan ia disorokkan menggunakan muka jam berwarna hitam. Tali jam juga menggunakan rekaan tersendiri dengan ia diselitkan pada tubuh seperti tali jam pada Apple Watch. Rekaan tali jam dalam video di atas juga amat mirip dengan tali Sport Band Apple Watch.

Harga jualan dijangka bermula daripada $349.99 seutas dan walaupun harganya agak tinggi, ia akan menggunakan cip Exynos 9110 yang sudah berusia empat tahun sehingga Samsung sendiri tidak lagi menggunakannya pada Galaxy Watch5.

komen


© Amanz / 2022 Kami