Apple pagi ini memberikan kemas kini iOS 16.0.2 yang akan menyelesaikan isu kamera iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang bergetar sehingga mengeluarkan bunyi bising apabila menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Kemas kini adalah sebesar 358.4 MB dengan ia turut menyelesaikan isu skrin tidak menyala semasa proses mengaktifkannya buat pertama kali, menghilangkan isu notifikasi salin tampal yang muncul tanpa henti, dan skrin tidak mengesan input pada iPhone 11, X dan XR. Kemas kini boleh dimuat turun secara OTA sekarang pada peranti yang disokong oleh iOS 16.