Cari @ Amanz

Google telah pun melancarkan dongel Google TV baharu mereka iaitu Chromecast with Google TV HD dengan Android TV 12. Pelancaran produk ini adalah lebih awal daripada yang dijangka, kerana ramai sangkakan ia akan dilancarkan bersama dengan Pixel 7 pada Oktober kelak.

Hanya sekitar dua minggu lagi sahaja acara pelancaran Google akan berlangsung dan kini, pengasas Android Police iaitu Artem Russakovskii telah mendedahkan harga jualan Pixel 7 dan Pixel 7 Pro dengan dakwaan sumber beliau boleh dipercayai.

Google Pixel 7 dilihat akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Snow, Obsidian, dan Lemongrass. Harga jualan dilihat bermula dari $599 iaitu sekitar RM2,737. Untuk Google Pixel 7 Pro pula, warna yang akan ditawarkan adalah Obsidian, Hazel, dan Snow dengan harga bermula $899 iaitu sekitar RM4,108.

Pra-tempahan dikatakan akan bermula pada 6 Oktober dengan penghantaran sekitar 13 Oktober atau jika ditunda akan berlaku pada 18 Oktober. Jualan peranti ini dilihat masih lagi terhad di negara terpilih sahaja seperti di Amerika Syarikat, India, Jepun dan mungkin juga Singapura.

Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro akan dijana dengan cip Google Tensor G2, iaitu cip tersendiri generasi kedua Google yang masih lagi menggunakan CPU A76.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd