Cari @ Amanz

Xiaomi 12 merupakan sebuah peranti berspesifikasi mercu dan ia telah dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Mac lalu pada RM2,999. Bagaimanapun, Xioami kini menawarkan diskaun RM300 untuknya sekaligus menjadikannya boleh dimiliki dengan harga jualan lebih murah iaitu RM2,699. Perlu dinyatakan, promosi terhad untuk pembelian menerusi kedai fizikal dan pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia sahaja berasaskan syarat sementara stok masih ada.

Xiaomi 12 dilengkapi skrin 6.28-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 8 Gen 1 dengan padanan memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB turut digunakan. Bateri pula sebesat 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W dan nirwayar 50W.

Tetapan kamera terdiri dengan 50MP + 13MP + 5MP bersama kebolehan merakam video mencapai 8K. Kamera hadapan pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara stereo, menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 12 dan pengimbas cap jari di skrin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd