Akaun Fitbit Akan Ditamatkan Dan Digantikan Dengan Akaun Google

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun 2021, Google telah mengambil-alih Fitbit dan kini ia menjadi jenama di bawah mereka. Sejak itu, produk-produk Fitibit mula dijual oleh Google dan produk seperti Sense 2 dan Versa 4 mula hadir dengan muka jam yang mirip dengan Wear OS sementara jam Pixel Watch pula akan mempunyai integrasi Fitbit.

Terkini, Fitbit mengumumkan yang bermula pada tahun 2023 akaun Google akan mula digunakan pada produk-produk Fitbit. Akaun ini akan digunakan untuk mengaktifkan produk Fitbit, penggunaan ciri dan fungsi atas talian atau juga mana-mana perkhidmatan lain.

Sokongan akaun Fitibit pula akan ditamatkan sepenuhnya pada tahun 2025. Pengguna Fitibit buat masa ini boleh menggunakan akaun sedia ada seperti biasa. Kelak apabila akaun Google dilancarkan, pengguna akan dibantu untuk melakukan pemindahan data dari akaun lama ke akaun Google.

komen


© Amanz / 2022 Kami