Arab Saudi Ingin Hantar Angkasawan Wanita Pertama Seawal 2023

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Arab Saudi kini mengumumkan perancangan untuk menghantar angkasawan wanita buat pertama kalinya ke angkasa, seawal 2023.

Langkah Arab Saudi ini adalah sebahagian usaha dalam terus giat mempromosikan arena sains dan teknologi, dan pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada minyak.

Disamping itu, langkah penghantaran angkasawan wanita juga dilihat dalam usaha mempromosikan integrasi wanita ke dalam tenaga kerja di negara tersebut.

Selain Arab Saudi, sebelum ini UAE turut aktif dalam arena angkasa, dan telah menghantar sebuah misi ke Marikh pada tahun 2021 lepas.

komen


© Amanz / 2022 Kami