ExpressVPN Hadir Dengan Penghala WiFi Mereka Sendiri

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda seorang yang gemar menonton banyak video-video di YouTube, nama ExpressVPN pastinya salah satu jenama yang sering didengari kerana mereka gemar menaja banyak saluran YouTube yang popular.

Terkini, syarikat VPN tersebut telah memperkenalkan produk fizikal mereka sendiri yang dinamakan ExpressVPN Aircove, iaitu sebuah penghala WiFi6 yang hadir dengan perisian VPN mereka terbina didalamnya.

Penghala WiFi Aircove ini hadir dengan kelajuan 600Mbps menggunakan rangkaian 2.4GHz dan boleh meningkat sehingga 1,200MHz sekiranya disambungkan ke rangkaian 5GHz. Penghala ini juga mempunyai kawasan liputan sehingga 150 meter persegi yang menjanjikan sambungan internet pantas tidak kira dimana anda berada dalam kawasan ini.

ExpressVPN juga mengatakan bahawa penghala mereka telah diuji oleh syarikat sekuriti internet seperti Cure53 yang menjanjikan bahawa penghala ini sentiasa selamat digunakan. Ia juga hadir dengan sistem kemaskini perisian automatik jadi anda tidak perlu risau mengenainya.

Penghala ExpressVPN Aircove ini boleh dibeli melalui kedai atas talian Amazon pada harga $189.90.

komen


© Amanz / 2022 Kami