Penyesuai Kabel Kuasa 12VHPWR Hadir Dengan Jangka-Hayat 30 Kali Dicabutkan Dan Dipasang

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000, jenama-jenama yang membangunkan bekalan kuasa untuk komputer telah mula menawarkan kabel penyesuai kuasa 12VHPWR yang boleh digunakan bersama-sama kad grafik yang menggunakan palam kuasa PCIe 5.0 yang baru.

Walaupun begitu, baru-baru ini ia telah dilaporkan bahawa penyesuai-penyesuai ini tidak mempunyai jangka-hayat penggunaan yang tidak begitu panjang. Menurut teks pemasaran daripada ZOTAC, ia didapati bahawa penyesuai ini hanya boleh dipasang dan dicabut sekitar 30 kali sebelum ia tidak boleh digunakan.

Perkara ini diperlihatkan oleh pihak NVIDIA sendiri yang juga dikatakan telah mendapati bahawa penyesuai ini akan menghadapi isu seperti terlalu panas, cair dan terbakar selepas dipasang dan dicabut sekitar 40 kali.

Penyesuai ini tidak akan menghadapi masalah sekiranya hanya dipasang sekali, tetapi untuk mereka yang selalu bertukar kad grafik ataupun mahu melewahjam kad-kad grafik berlainan, satu kabel ini dilihat akan rosak dengan kadar yang cukup pantas sekali.

Sekurang-kurangnya ia dilihat bahawa setiap kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 yang akan dijual akan hadir dengan penyesuai ini, jadi pengguna mungkin tidak perlu risau mengenai perkara tersebut. Tetapi ia masih lagi sesuatu yang perlu diambil perhatian kerana ia masih mungkin boleh menjadi suatu isu yang merbahaya untuk pengguna.

komen


© Amanz / 2022 Kami