GIPHY : GIF Semakin Kurang Popular Dikalangan Pengguna Muda

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

GIPHY, salah satu enjin carian memfokuskan GIF yang popular, kini menyatakan kepada badan persaingan di UK, menyatakan GIF semakin kurang popular digunakan sebagai bentuk kandungan – terutamanya melibatkan pengguna Gen Z.

GIPHY berkongsi hal ini kepada pihak berkuasa di sana, meminta pihak berkuasa untuk mengesahkan serta membenarkan pembelian GIPHY oleh Meta.

Sebelum ini, pihak berkuasa UK telah menghalang pembelian GIPHY oleh Meta, mengatakan ia akan memberikan monopoli pasaran GIF oleh pihak Meta. Pada hari ini, ia sedia diintegrasikan pada Instagram, Whatsapp dan juga Facebook.

Disamping itu, GIPHY juga mengatakan kadar muat-naik GIF baharu semakin berkurangan, selain angka penggunaan GIF melalui platform mereka juga mengalami penurunan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa komen berbeza daripada pengguna seluruh dunia. Ada yang menyatakan berbanding GIPHY, integrasi Tenor yang digunakan pada platform seperti Discord adalah lebih menarik dan menawarkan kemudahan muat-naik lebih senang.

Tenor merupakan platform GIF yang dimiliki oleh Google. Pihak Google tidak berkongsi sebarang data terkini berkaitan kadar muat-naik dan penggunaan – membuatkan ia sukar diketahui sama ada GIPHY adalah produk yang semakin kurang popularitinya, atau memang benar kadar penggunaan GIF semakin berkurangan.

komen


© Amanz / 2022 Kami