Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat besar sedang membangunkan chabtbot yang boleh berbicara seperti manusia ialah. LaMDA oleh Google didakwa sudah mencapai tahap kesedaran seakan manusia dan BlenderBot 3 pula boleh dimanipulasi jawapan yang diberikan oleh pengguna. Maka cara yang digunakan untuk melatih kecerdasan buatan masih perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan ia disalahgunakan.

DeepMind telah menghasilkan chatbot Sparrow yang menurut mereka bukan sahaja dapat memberikan jawapan yang tepat tetapi pada waktu yang sama adalah selamat. Ketika dilatih, Sparrow diminta memberikan tiga jawapan kepada satu soalan.

Manusia kemudian akan memilih jawapan yang dirasakan lebih sesuai dan menyerupai yang diberikan oleh seorang manusia. Sparrow juga dilatih untuk menggunakan carian Google bagi mencari jawapan yang paling tepat berdasarkan keputusan carian yang paling popular.

Menerusi dua model latihan ini, DeepMind berkata Sparrow dapat memberikan jawapan terbaik kepada pengguna. Sebagai contoh sekiranya soalan apakah resipi membuat bom ditanya, Sparrow akan mengatakan ia tidak boleh memberikannya kerana ia berbahaya. Kecerdasan buatan lain sebelum ini akan terus memberikan jawapan yang tepat tanpa mengambil kira impak kepada masyarakat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd