6 Fungsi Menarik Pada Kamera Siri Samsung Galaxy A 2022

Diterbitkan pada Sep 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila menyentuh mengenai sistem kamera serba canggih, pandangan umum sering mengaitkannya dengan siri Samsung Galaxy S, namun tidak semua pihak mampu memilikinya disebabkan oleh tanda harga yang agak tinggi.

Tetapi sebenarnya kita masih mempunyai pilihan lain seperti siri Samsung Galaxy A yang kebanyakannya terkenal dengan aspek cukup seimbang dalam kelasnya. Bagi harga, ia juga lebih berpatutan tetapi masih hadir dengan ciri yang ditawarkan pada siri Galaxy S.

Misalnya seperti siri Galaxy A 2022 yang boleh dianggap sebagai beberapa pilihan baharu dalam usaha memudahkan pengguna khususnya dalam mencipta pelbagai kandungan menarik. Ia berikutan kualiti kameranya dikatakan mampu menghasilkan rakaman lebih berkualiti berbanding sebelumnya. Ia Ia dikatakan bergantung sepenuhnya kepada keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam proses meningkatkan kualiti imej asas. Sebanyak tiga model telah diperkenalkan di bawah siri Galaxy A 2022 yang terdiri dengan Samsung Galaxy A33, Galaxy A53 dan Galaxy A73.

1.Kecerdasan Buatan Pada Kamera

Kamera berteknologi kecerdasan buatan (AI) mungkin bukan suatu hal baharu, malahan boleh dikatakan sudah digunakan dalam kebanyakan telefon pintar ketika ini. Pada dasarnya ia sangat membantu dalam meningkatkan kualiti imej bagi memperlihatkan hasil yang baik. Melaluinya, sesuatu tetapan boleh akan disesuaikan secara automatik berdasarkan keadaan keliling seterusnya menjadikan kualiti rakaman lebih baik.

Inilah konsep yang digunakan pada siri Galaxy A 2022 yang memanfaatkan sokongan AI baharu secara optimum sama ada di tahap pra-pemproses, pasca-proses mahupun pemprosesan masa nyata. Secara tidak langsung, ini membolehkan sejumlah besar fungsi kamera pada siri Galaxy A 2022 boleh berfungsi dengan baik.

2. Mod Malam Yang Dipertingkat

Misalnya seperti ciri Night Mode terbina yang diaktifkan secara automatik apabila kamera mengesan tahap pencahayaan yang rendah. Difahamkan, ia dilengkapi dengan Multi-frame Processing Technology yang keseluruhannya mampu menggabungkan sehingga 12 tangkapan menjadi satu imej terbaik kemudian meningkatkan kecerahan dan meminimumkan hingar padanya.

3. Scene Optimiser

Kemudian, fungsi Scene Optimiser pula membolehkan proses pengecaman objek dibuat secara automatik untuk subjek manusia, pemandangan, tumbuh-tumbuhan, makanan dan sebagainya. Tetapan terbaik kamera berasaskan subjek akan dilakukan. Ia bagaimanapun bukan suatu ciri baharu sebaliknya sedia diperkenalkan dalam beberapa peranti sedia ada.

4.Photo Remaster

Bukan itu sahaja, ciri Photo Remaster pula membolehkan imej sedia ada diubahsuai menjadi lebih baik menggunakan teknologi AI terbina. Ia berfungsi secara terus menerusi peranti tanpa keperluan memuat-turun sebarang aplikasi tambahan. Ini kami gunakan agak kerap untuk meningkatkan kualiti imej gambar-gambar lama yang diambil lebih 7 tahun yang lalu untuk kelihatan lebih tajam, jelas dan dibesarkan tanpa kelihatan pecah.

5.Object Eraser Dan Detail Enhancer

Tetapi terdapat kelebihan pada model Galaxy A73 yang disertakan dengan kebolehan Detail Enchancer yang membolehkan lebih banyak butiran dalam gambar diambil dengan jelas. Seterusnya ciri Object Eraser terbina pula membolehkan pengguna memadam objek yang tidak diingini dari gambar yang diambil. Lain-lain ciri yang turut dimuatkan termasuklah kebolehan AI Document Segmentation, AI Recommendation, Single Take dan Potrait Mode dengan kebolehan pengubahsuaian latar belakang menarik.

6.Kamera Dengan OIS

Dalam pada itu, kamera pada siri Galaxy A 2022 turut diiklankan dengan teknologi OIS (Optical image stabilization) dan VDIS (Video Digital Image Stabilization) terbina yang berfungsi secara serentak untuk hasil rakaman video yang stabil dan jelas. Dalam masa sama, sokongan HDR yang dipertingkatkan pula mampu memberikan hasil lebih baik dengan butiran dan warna yang terjaga.

Samsung turut menyatakan lebih banyak peranti di bawah Galaxy A yang akan disertakan dengan OIS pada masa akan datang. Seperti yang kerap kami nyatakan dalam ulasan-ulasan telefon pintar di Amanz, OIS amat penting bagi mendapatkan gambar yang bukan sahaja tajam tetapi mod malam yang lebih memuaskan.

komen


© Amanz / 2022 Kami