TikTok Memperkenalkan Butang “Dislike” Untuk Komen

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok kini agak aktif dalam memperkenalkan ciri-ciri baharu akhir-akhir ini. Terbaru, mereka turut memperkenalkan sebuah butang “dislike” pada bahagian komen di TikTok.

Dengan langkah ini, ia membolehkan pengguna melabelkan komen-komen yang tidak disukai atau selesa untuk orang ramai – terutamanya berbentuk troll, makian, spam dan sebagainya.

TikTok turut mengharapkan dengan langkah ini ia akan membawa kepada bahagian komen yang lebih sihat berbanding sedia ada.

Langkah TikTok ini agak menarik, memandangkan sejumlah perkhidmatan lain mula membuang butang dislike daripada perkhidmatan mereka, termasuk YouTube.

komen


© Amanz / 2022 Kami