Kementerian Kesihatan kini mengumumkan akan melaksanakan pemasangan perkhidmatan WiFi percuma di semua hospital awam seluruh negara.
Pemasangan ini akan dilakukan secara berperingkat. Hospital pertama yang akan menerimanya adalah Hospital Rembau.
Langkah ini diambil kerana terdapat hospital dengan capaian internet yang tidak konsisten pada hari ini. Dengan langkah pengenalan WiFi percuma ini, ia akan membantu pesakit untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dengan lebih mudah.
Selain pesakit, WiFi percuma ini juga boleh digunakan oleh ahli keluarga dan juga pelanggan di sesuatu hospital awam itu kelak.