Setel terus meneruskan fokus dalam menjadi sebuah aplikasi sehenti untuk pengurusan kenderaan – daripada mengisi minyak, menguruskan parkir, dan kini turut dalam mendapatkan bantuan melibatkan kenderaan.

Melalui kemaskini terbaru, Setel dilihat bekerjasama dengan Bateriku untuk menambah ciri bantuan baik-pulih kenderaan.
Buat masa ini, ia menawarkan kemudahan untuk menggantikan bateri kenderaan, atau menggunakan ciri “jump-start” untuk memulakan kenderaan.
Bagi anda yang menggunakan Setel, boleh menyemak ciri ini yang dinamakan “Auto Assistance” pada aplikasi anda hari ini, dan turut melihat harga bayaran untuk setiap bantuan berkenaan.