Nothing Pernah Pertimbangkan Dan Bangunkan Beberapa Konsep “Nothing Laptop”

Diterbitkan pada Sep 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjadi kebiasaan pada hari ini untuk sesuatu jenama pengeluar peranti untuk menghasilkan produk dibawah beberapa kategori. Nampaknya, Nothing turut tidak ketinggalan dalam perkara tersebut.

Terbaru, berkongsi melalui sesi soal jawab, pengasas Nothing, Carl Pei berkongsi mengatakan Nothing pernah pertimbangkan untuk bangunkan komputer riba mereka tersendiri.

Malah, beliau turut mengatakan Nothing telah pun membangunkan konsep untuk komputer riba mereka tersendiri.

Namun, buat masa ini, Nothing masih sedang memfokuskan kepada beberapa kategori sedia ada terlebih dahulu, dalam berjaya pada kategori tersebut terlebih dahulu sebelum perluaskan ke kategori yang lain.

Bagi anda, adakah sekiranya Nothing tawarkan komputer riba dengan rekaan menarik, anda akan mendapatkannya?

komen


© Amanz / 2022 Kami