Cari @ Amanz

Samsung kini diperkatakan sedang dalam persiapan akhir untuk pengenalan OneUI 5.0 berasaskan Android 13 kepada sejumlah peranti-peranti keluaran mereka.

Melalui perkongsian SamMobile, Samsung dijangka memperkenalkan Android 13 ini untuk Galaxy S22, Galaxy S22, Galaxy Z Fold 3, Galaxy Z Fold 4, Galaxy Z Flip 3, Galaxy Z Flip 4, dan menariknya juga adalah Galaxy A53.

Ini sekaligus memperlihatkan Samsung bukan sahaja memberikan keutamaan kepada siri mercu mereka, tetapi juga untuk telefon dibawah siri Galaxy A.

Siri peranti lain dibawah Samsung dijangka mungkin hanya menerima kemaskini Android 13 dilengkapi OneUI 5.0 pada 2023 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd